Semak ncd insurans kereta - Maklumat yang anda cari mengenai semak ncd insurans
kereta di bawah ini kami telah membentangkan artikel yang berkaitan semak ncd
insurans kereta sebagai salah satu rujukan. Blog insurantax adalah blog yang
menyediakan maklumat mengenai pelbagai senarai harga dan maklumat, insurans,
roadtax, kad kredit, deposit. pada halaman ini telah menyediakan artikel yang
berkaitan dengan kata kunci yang sedang dicari, serta pada halaman ini terdapat
juga beberapa iklan yang kami sediakan untuk menyokong maklumat yang anda cari.
Untuk
maklumat pertama adalah mengenai definisi ncd, mengenai NCD bagi mereka yang
tidak tahu. Jika anda sudah tahu, boleh langkau bahagian ini.
NCD
adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta
dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah
tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan
mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu
adalah penting anda semak NCD setiap tahun.
TAHUN
PERTAMA 0%
TAHUN
KEDUA 25%
TAHUN
KETIGA 30%
TAHUN
KEEMPAT 38.33%
TAHUN
KELIMA 45%
TAHUN
KEENAM & SETERUSNYA 55%
Semasa
anda memperbaharui insuran kenderaan tahun lepas, syarikat insuran terbabit
sudah menyerahkan kepada anda satu nota perlindungan insuran (cover note). Di
dalam surat tersebut ada tertulis NCD anda bagi tahun lepas. Dengan menggunakan
jadual di atas, anda boleh tahu tanpa semak NCD di ISM berapa NCD anda untuk
tahun ini.
Tetapi
jika anda hilang nota perlindungan insuran tersebut, anda boleh teruskan
membaca langkah-langkah untuk membuat semakan atas talian terus di laman web
ISM.
Bagaimana
Nak Semak NCD? :
1.
Mula-mula sekali pergi ke laman web berikut:
https://ncd.ism.net.my/publicncdenq/index.htm
2.
Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.
3.
Masukkan nombor MyKad pemilik kenderaan.
4.
Masukkan nama penuh pemilik kenderaan.
5.
Masukkan alamat e-mel anda.
6.
Masuskkan nombor telefon anda.
7.
Sila klik kotak setuju dengan terma dan syarat.
8.
Sila klik butang Enquire NCD.
9.
Jika sambungan internet ok dan pengkalan data online, anda akan terus dapat
keputusan semak NCD seperti data pict berikut.
Untuk maklumat seterusnya sekiranya Anda Terpaksa Untuk Membuat Tuntutan
Atas Kemalangan , Apa Yang Akan Terjadi ? Sebagai
contoh, admin buat pengiraan jika pada tahun kedua anda kemalangan dan terpaksa
membuat tuntutan insuran, maka semasa anda nak renew polisi insuran diskaun
anda akan kembali ke 0 % seperti tahun pertama.
Faktor
Faktor Penting Anda Kena Tahu Tentang NCD
Kerosakan
Yang Bukan Dilakukan Sendiri ( No Fault Damage )
No
Fault Damage adalah tuntutan kerosakan yang bukan dilakukan oleh anda sendiri.
Diskaun NCD anda tidak akan kembali ke 0% atau hilang atas tuntutan macam ini.
Sebagai
contoh, jika berlaku kemalangan diantara anda dan pihak ketiga, anda mempunyai
pilihan membuat tuntutan insuran pihak ketiga atau polisi komprehensif anda
sendiri tanpan menjejaskan NCD anda.
NCD
Boleh Dipindahkan
Jika
anda mempunyai niat untuk menjual kereta dan NCD kereta lama anda ada sebanyak
30 %, maka anda layak untuk memindahkan diskaun tersebut kepada kereta baru.
NCD
tidak boleh digunakan lebih pada satu kenderaan. Secara automatik, kenderaan
lama anda akan kembali ke 0%.
Tips
penting, jika nak dapat penjimatan berlipat kali ganda, anda dinasihatkan untuk
memindahkan NCD tertinggi kepada kereta paling tinggi harga pasaran.
Sebagai
contoh, jika anda 2 buah kereta baru. Satu Honda BRV dan satu lagi Axia . Pilih
Honda BRV untuk pindah NCD kereta lama anda ke kereta baru.
NCD
tidak akan terjejas jika ingin menukar syarikat insuran/takaful baru.
0 Response to "Semak ncd insurans kereta "
Catat Ulasan