Cara claim insuran motosikal hilang - Maklumat yang anda cari cara claim insuran motosikal
hilang di bawah ini kami telah membentangkan artikel yang berkaitan cara claim
insuran motosikal hilang sebagai salah satu rujukan. Situs insurantax adalah
web yang menyokong maklumat mengenai pelbagai senarai harga dan maklumat,
insurans, roadtax, kad kredit, deposit. pada halaman ini telah menyediakan
artikel yang berkaitan dengan kata kunci yang sedang dicari, serta pada halaman
ini terdapat juga beberapa iklan yang kami sediakan untuk menyokong maklumat
yang anda cari.
Seperti data
yang berjaya diringkaskan dari pelbagai maklumat cara claim insuran motosikal
hilang adalah,
Ramai orang menghadapi
masalah kehilangan motorsikal. Setiap hari pasti ada berlaku kes motosikal
hilang. Kebanyakannya orang yang datang tidak tahu bagaimana prosedur untuk cara
claim insuran motosikal hilang sedangkan amat penting untuk tahu kerana bayaran
ganti rugi yang di bayar sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan
beban bayaran baki hutang (jika kenderaan masih mempunyai hutang).
Langkah pertama yang
perlu dilakukan jika berlaku kehilangan adalah melaporkan pada pihak polis. Perkara
penting yang saya ingin bincangkan di sini adalah sesiapa yang melaporkan itu
mesti mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas kenderaan yang terlibat. Adapun
logikanya orang yang melaporkan sepatutnya ada lesen yang sah? Ini kerana orang
yang dalam posisi melaporkan sudah tentu akan di anggap sebagai pemandu.
Seseorang yang memandu tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang dan ini
menjadi alasan tepat untuk pihak insurans untuk menolak tuntutan claim anda.
Langkah kedua ialah dapatkan
salinan pendaftaran kenderaan atau geran serta salinan polisi insurans atau
“insurance cover note” dari syarikat kredit anda atau kedai motosikal (jika
anda tidak menyimpan salinan). Selepas itu, anda harus melaporkan pada pihak
insurans pula. Anda perlu dapatkan borang tuntutan atau “claim form” dari
syarikat insurans. Borang itu hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pemilik serta
pelapor. Selesai mengisi borang, serah semula kepada pegawai bertugas dan
dengan itu selesai peringkat pertama dalam urusan tuntutan insurans anda.
Pada peringkat selanjutnya,
adjuster dari pihak insurans akan menghubungi anda untuk pengesahan temuduga
untuk cari tahu testimoni
lisan selain testimoni bertulis. Selesai sesi temuduga, pihak insurans akan
menyediakan surat tawaran (jika tuntutan lulus) atau surat pemberitahuan (jika
tuntutan gagal) dalam masa 4-6 bulan. Anda harus lengkapkan surat tawaran itu
dengan dokumen-dokumen yang diminta.
Antara dokumen yang diminta ialah:~
1.i. Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
2.ii. Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
3.iii. Borang JPJ K3 (2 keping)
4.iv. Borang JPJ K8 (1 keping)
5.v. Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)
6.vi. Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)
7.vii. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal(geran)
2.ii. Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ)
3.iii. Borang JPJ K3 (2 keping)
4.iv. Borang JPJ K8 (1 keping)
5.v. Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman)
6.vi. Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci)
7.vii. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal(geran)
Selesainya proses tuntutan insurans adalah apabila anda menerima bayaran
daripada pihak insurans. Jika kenderaan anda masih di bawah perjanjian
pinjaman, anda harus merujuk kepada syarikat pinjaman untuk sebarang maklumat
lanjut.
Perlu ker kita phone io utk status kes? atau tunggu saja
BalasPadam