"welcome to the blog" Cara cek saman guna no plat | insurans malaysia blog

Cara cek saman guna no plat

Cara cek saman guna no plat - Maklumat yang anda cari mengenai cara cek saman guna no plat, di bawah ini kami telah membentangkan artikel yang berkaitan cara cek saman guna no plat sebagai salah satu rujukan. 

Blog Insurantax adalah blog yang menyediakan maklumat mengenai pelbagai senarai harga dan maklumat, insurans, kad kredit, deposit. pada halaman ini telah menyediakan artikel yang berkaitan dengan kata kunci yang sedang dicari, serta pada halaman ini terdapat juga beberapa iklan yang kami sediakan untuk menyokong maklumat yang anda cari.


Cara check saman polis guna no plat

Pada masa kini, segala informasi dan maklumat amatlah mudah untuk diakses. Segala yang perlu kita ketahui hanyalah di hujung jari sahaja. Kecanggihan teknologi memudahkan kita semua untuk membeli-belah secara online mahupun menyemak saman kita yang tertunggak dan belum sempat dilunaskan.

Kini kita boleh menyemak saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan hanya menggunakan nombor plat kenderaan kita melalui kaedah online di laman web ataupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Mudah bukan?

Oleh itu pada hari ini kami akan membantu anda memahami cara menyemak saman tersebut, sebelum anda dikenakan sebarang tindakan keras, ada baiknya anda semak dan selesaikan secepat mungkin.

#1 Check saman polis guna SMS

PDRM menyediakan saluran dan keadah mudah untuk anda menyemak saman melalui pesanan khidmat ringkas sahaja.

Cara-caranya adalah seperti berikut: 

Maklumat saman yang ringkas

  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(Nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan)
  • Hantarkan SMS tersebut kepada talian 32728 atau 12888.

Contoh: POLIS SAMAN 881111223333 atau POLIS SAMAN WPP1234.

 Maklumat saman yang terperinci

Sekiranya anda menginginkan jawapan yang lebih terperinci, sila ikuti langkah di bawah:

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>(No Kad Pengenalan atau nombor plat kenderaan)<jarak>
  • Email dan hantarkan kepada 32728

Contohnya: POLIS SAMAN WQR1234 mustafakamal@gmail.

 Caj SMS yang dikenakan

Perlu diingat caj sebanyak 15 sen akan dikenakan ke atas setiap SMS yang dihantar.

 Check saman JPJ menggunakan SMS

JPJ juga menyediakan kemudahan yang sama dan ikuti langkah di bawah ini untuk menyemak saman anda:

  • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor plat kenderaan dan hantarkan ke 15888.

Contohnya: JPJ SAMAN WPP1234.


#2 Check saman polis guna no plat secara online

Check saman polis melalui no plat online (Guna MyBayar)

Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk buat semakan saman polis secara atas talian:

Portal MyBayar

Sila pastikan anda sudah buat pendaftaran di portal MyBayar terlebih dahulu.

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di sini: https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem My Bayar Saman
  6. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  7. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  8. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  9. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  10. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
  11. Teruskan sehingga selesai
  12. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  13. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

 Portal SSO PDRM

Sila pastikan anda sudah buat pendaftaran di portal SSO PDRM terlebih dahulu.

  1. Layari portal rasmi SSO PDRM di sini: https://sso.rmp.gov.my
  2. Klik Login di bahagian atas, sebelah kanan
  3. Masukkan ID pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman
  6. Anda boleh semak dengan menggunakan nombor MyKad
  7. Anda juga boleh buat semakan saman dengan menggunakan nombor plat kenderaan.

 Portal rasmi SSO PDRM

Selain MyEG dan Rilek, anda boleh buat semakan melalui portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my.

Walau bagaimanapun, jika anda belum pernah mendaftar, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum anda boleh log masuk ke akaun baru anda.

 Portal rasmi JPJ online

Pada laman web JPJ, anda boleh semak saman anda dengan memasukkan nombor plat kenderaan anda dan juga nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

Boleh rujuk cara semak saman JPJ secara online.

===Share Please :)===

0 Response to "Cara cek saman guna no plat"

Catat Ulasan

close
==[ Ketuk disini 1X ] [Y]==
SILA KETUK GAMBAR